Peta JENDELA (Jalinan Digital Negara) ialah satu platform disediakan Kerajaan untuk rakyat menyemak liputan rangkaian daripada setiap syarikat telekomunikasi.
Terbaru, peta tersebut meletakkan ‘Unifi Mobile (akan datang)‘ di bawah kategori liputan 5G. Setakat ini, hanya Yes secara rasmi menawarkan rangkaian tersebut.
Dengan ini, kita dapat menjangka unifi akan mengumumkan pelan 5G dalam masa terdekat.
Terdahulu, Unifi yang pernah mengumumkan 5G mereka akan tersedia Februari 2022 telah menundanya sehingga hari ini.