Universiti Malaysia Terengganu (UMT) kini sedang membangunkan sistem ramalan laut dalam bentuk aplikasi untuk penggunaan orang awam.

Sistem Ramalan Marin Malaysia (MFAST) yang dibangunkan sejak 3 tahun lalu merupakan sistem operasi marin nasional pertama.
Ia menawarkan ramalan lima hari bagi data arus, gelombang dan suhu lautan untuk kegunaan semua sektor termasuk rekreasi, pelancongan, perikanan, penyelamatan, perkapalan serta industri minyak dan gas.
Menariknya, sistem ramalan ini jauh lebih tepat berbanding menggunakan satelit kerana data atau maklumat yang diperoleh dari lautan adalah menggunakan boya adalah secara ‘in situ’.
Tambahan lagi, kebanyakan sistem ramalan cuaca yang digunakan adalah bersifat global dan berskala besar dan tidak spesifik kepada cuaca Malaysia.
Disebabkan MFAST menggunakan data-data tempatan, ia akan meningkatkan lagi ketepatan sistem ramalan tersebut.
Aplikasi ini dijangka siap pada tahun hadapan, dan cabaran mereka sekarang adalah untuk memindahkan data laut yang kompleks kepada visual dan simulasi yang lebih mudah difahami untuk orang awam.
Sumber: Bernama
Baca juga:
- Beli Laptop Percuma Printer
- Sah, MIUI 13 Akan Dilancarkan Esok Bersama Xiaomi 12
- Rebat Bil Elektrik 100% Untuk Mangsa Banjir Bulan Disember Ini