Sebelum ini, terdapat banyak telefon pintar yang telah diberi ulasan dan kebanyakkannya adalah berada pada kelas pertengahan dan pertengahan premium. Untuk kelas ini, tidak banyak yang berada pada harga bawah RM1000.
Jadi, mari saya perkenalkan telefon pintar kelas pertengahan permulaan bawah RM1000 iaitu TCL 40 Nxtpaper 5G. Telefon pintar ini baru sahaja dilancarkan beberapa bulan yang lalu. Anda boleh rujuk spesifikasi dan harganya di SINI.
Kelebihan
Telefon ini merupakan peranti pertama dalam pasaran global yang hadir dengan kemasan skrin seperti kertas atau lebih spesifik lagi tekstur skrin tersebut mempunyai permukaan matte.
Namun, telefon pintar ini bukanlah yang pertama dikeluarkan. Hal ini kerana, pada tahun lepas pihak TCL telah mengeluarkan telefon pintar pertamanya dan berhenti seketika. Kemudian, sambung semula pengeluarannya pada tahun ini.
Bagi yang tidak tahu, TCL ini merupakan salah satu jenama yang mengeluarkan televisyen pintar. Bagi peminat skrin matte, peranti ini sangat sesuai untuk anda kerana anda tidak perlu memasang perlindung skrin (screen protector) jenis matte kerana ia memang telah siap pasang.
Skrin telefon ini sudah tentu bukan magnet cap jari dan sesuai untuk individu atau pengguna yang tapak tangannya mudah berpeluh. Panel skrin belakang pula bukan glossy tetapi mempunyai kemasan seakan-akan sandstone.
Telefon ini juga mempunyai tema sistem operasi (OS) berasaskan kertas. Pengguna boleh pilih sama ada mahu tema kertas berwarna atau hitam putih.

Bateri Besar Tapi Cas Lambat
Kapasiti bateri telefon ini agak besar iaitu sebesar 5000mAh. Kapasiti sebesar ini mampu memberi ketahanan yang agak lama untuk penggunaan harian. Namun, pengecasan yang ditawarkan hanya 15W sahaja.
Agak mengejutkan dengan kapasiti bateri sebesar itu hanya menawarkan pengecasan 15W sahaja. Jadi, anda perlu tunggu agak lama untuk bateri telefon ini dicas penuh.
Kami berharap agar pihak TCL dapat menawarkan kadar pengecasan dengan lebih pantas lagi kerana kita berada di tahun 2023. Jadi, tidak sewajarnya syarikat telefon pintar mengeluarkan telefon dengan kapasiti bateri yang besar namun kadar pengecasan yang sangat perlahan.

Resolusi Skrin Yang Ketinggalan Zaman
Saiz skrin peranti ini adalah sebesar 6.6 inci. Walau bagaimanapun, resolusi yang diberikan hanya HD+ sahaja. Resolusi yang ditawarkan tidak berbaloi jika hendak dibandingkan dengan harganya yang hampir RM1000.
Anda boleh mendapatkan peranti pintar yang jauh lebih baik dalam kelas harga tersebut. Kadar segar semula peranti ini hanya 90Hz sahaja. Dengan spesifikasi tersebut, pastinya akan memberikan prestasi paparan skrin yang kurang memuaskan.
Kebanyakkan telefon pintar masa kini telah mempunyai kadar segar semula 120Hz ke atas walaupun pada harga dalam lingkungan sebegini. Jadi, boleh dikatakan kadar segar semula yang ditawarkan agak ketinggalan berbanding peranti pintar yang lain.
Prestasi Setara Dengan Harga Yang Ditawarkan
Peranti pintar ini menggunakan OS TCL UI 5.0, Android 13 yang mana merupakan versi Android yang terkini. Selain itu, cip yang digunakan adalah MediaTek Dimensity 6020.
Cip ini boleh dikatakan setara dengan MediaTek Helio G99 dalam kelas tersebut. Memori RAM pula adalah 6GB dengan kadar storan 256GB serta mempunyai slot SD card.
Dengan kadar storan sebesar itu, anda sebenarnya tidak memerlukan SD card sebagai storan tambahan pada peranti pintar anda kerana storan yang sedia ada sudah memadai untuk menyimpan segala data dalam telefon pintar anda.
Selain itu, dari segi prestasi kamera pula, untuk kamera hadapan peranti ini didatangkan dengan tiga kamera. 50MP untuk kamera utama, 2MP makro dan 2MP kedalaman (depth).
Selain itu, terdapat juga ciri seperti LED flash, HDR dan Panorama. Kualiti video yang dihasilkan daripada kamera utama adalah 1080p@30fps.
Kamera swafoto pula hanya menggunakan satu kamera sahaja iaitu 8MP dengan kualiti video 1080p@30fps.
Bagi kami sendiri, kualiti kamera yang ditawarkan pada peranti ini kurang memuaskan jika hendak dibandingkan dengan prestasi kamera peranti lain pada masa kini.
Jadi, sekiranya anda seorang pengguna yang suka “OOTD” atau berswafoto, anda perlu fikirkan balik sebab takut anda menyesal nanti.
Kesimpulan
Kesimpulan yang kami dapat rangkulkan adalah kami berharap pihak TCL mampu memberi tawaran spesifikasi yang lebih baik daripada yang sedia ada sekiranya jenama ini ingin berkembang maju.
Selain itu, dari segi susunan perkakasan di dalam kotak juga harus dinaik taraf lagi. Hal ini kerana, ketika kami membuat nyahkotak, kami mendapati bahawa susunan perkakasan lain seperti pengecas dan wayar tidak disusun di dalam bahagian yang spesifik seperti kotak telefon pintar yang lain.
Akhir sekali, kelemahan dan kekurangan di pada peranti ini agak seimbang. Jadi, pihak TCL harus meminimumkan kekurangan pada peranti pintar mereka agar dapat berdaya dalam pasaran telefon pintar pada masa akan datang.
Beli TCL 40 NXTPAPER di Shopee – https://invl.io/clk7m5f
Beli TCL 40 NXTPAPER di Lazada – https://invol.co/clk7m5u
{suggest}