Pada awal Mac yang lalu, Nothing telah pun melancarkan telefon pintar terbarunya, Nothing Phone (2a).
Jadi, apa yang best dengan Nothing Phone (2a) ini?
Orang kata, “Pure Android“
Sepanjang menggunakan Nothing Phone (2a) ini sehingga kini, penulis boleh katakan, ini adalah telefon pintar terpaling Android.
Sebab, di dalam sistem operasi Nothing OS 2.5 yang berasaskan Android 14 pada peranti ini, tidak disumbatkan dengan aplikasi-aplikasi merapu (bloatware) yang tiada kena mengena dengan keperluan pengguna.
Ia hanya tersedia dipasang dengan sistem operasi bersama dengan aplikasi-aplikasi asas Google semata-mata.
Jadi, seperti telefon pintar Google Pixel, Nothing Phone (2a) adalah pilihan telefon pintar alternatif yang menawarkan pengalaman Android sebenar.
Tak semak dengan bloatware yang sekali gus menjadikan peranti ini sangat lancar, seronok dinavigasi dan melihat antaramukanya yang ‘clean‘.
Penulis juga suka dengan pilihan bunyi peranti yang ditawarkan serta kustomasi kesan lampu (Glyph Interface) di bahagian belakangnya yang memberikannya keunikan tersendiri.
Kualiti binaan yang baik
Antara perkara lain yang penulis suka dengan Nothing Phone (2a) ini juga adalah kualiti binaannya yang baik.
Bahasa mudahnya, finishing kemas dan sedap dipegang yang memberikan perasaan bahawa anda seakan memegang telefon pintar premium berharga ribuan Ringgit.
Prestasi tak mengecewakan
Nothing Phone (2a) adalah kategori telefon pintar Android pertengahan yang dikuasakan cip pemprosesan MediaTek Dimensity 7200 Pro 5G dengan memori 12GB RAM dan 256GB storan.
Jadi, dari segi prestasi, kuasa yang disampaikan adalah sangat baik.
Tidak berlaku pun isu peranti tergendala, panas ataupun tersekat-sekat yang menganggu kelancaran ketika menggunakannya walau pelbagai tugas yang memerlukan pelbagai aplikasi berjalan serentak.
Ini merupakan kelebihan Nothing Phone (2a) kerana ketiadaan bloatware menjadikannya sangat lancar. Malah keserasian perkakasan dengan sistem operasi Nothing OS 2.5 yang berasaskan Android 14 itu dipacu dengan baik sekali.
Walau bagaimanapun…
Nothing Phone (2a) juga dilengkapi dengan kamera utama 50MP, kamera ultra lebar 50MP dan kamera swafoto 32MP.
Jadi, apabila anda lihat spesifikasi asas kameranya saja sudah cukup memberikan tanggapan bahawa kamera peranti ini pasti tak berkuasa.
Ya, tanggapan anda tak salah. Prestasi kamera Nothing Phone (2a) memang lemah. Apabila mengambil gambar atau video, memang ada tersekat-sekat. Tapi tidaklah pula sampai ke tahap teruk.
Isu ini terutamanya apabila mengambil gambar di dalam suasana kurang pencahayaan. Memang perlu difokuskan betul-betul, kurangkan pergerakan agar gambar dapat diambil dengan baik.
Kalau tidak, memang kaburlah hasilnya. Tapi, jangan bimbang…
Kemas kini
Sebagai sebuah model telefon pintar baharu di pasaran, pastinya memang akan ada kelemahan-kelemahan seperti ini yang sememangnya dijangka.
Oleh sebab itulah, Nothing menawarkan kemas kini yang akan memperbaiki isu-isu seperti ini dari semasa ke semasa.
Sepertimana minggu ini, Nothing telah pun melepaskan kemas kini untuk Nothing Phone (2a) yang bukan sahaja mengandungi penambahan ciri baharu, tetapi juga penambah baikan terhadap prestasi perkakasan.
Contohnya, menambah baik prestasi kameranya serta sokongan ciri AI.
Kesimpulan
Dengan aspek prestasi keselurahan yang tidak mengecewakan dan kualiti produknya yang baik sekali, Nothing Phone (2a) adalah satu pembelian yang berbaloi.
Namun begitu, mungkin tidak semua bersedia atau menerima dengan kelainan yang dibawakan Nothing dalam telefon pintar mereka.
Malah, isu prestasi kamera juga mungkin menjadikan pengguna masih-ragu-ragu atau skeptikal dengan Nothing Phone (2a) ini.
Tapi secara peribadi, penulis berpendapat Nothing Phone (2a) adalah salah satu telefon pintar Android terbaik yang ada di pasaran ketika ini serta berani menawarkan kelainan kepada pengguna.
Jadi, apa yang penulis dapat simpulkan selepas hampir 3 bulan menggunakan Nothing Phone (2a) ini adalah, jika anda mahukan pengalaman menggunakan telefon pintar yang “pure Android” di Malaysia, Nothing Phone (2a) adalah pilihan terbaik untuk anda.
Malah harga yang tawarkan juga berpatutan dan mampu milik iaitu hanya berharga RM1,699 sahaja.
Beli Nothing Phone (2a) dari stor rasmi di:
- Shopee – https://invl.io/cll2hd4
- Lazada – https://invol.co/cll2hdc
{suggest}