Penulis telah berkesempatan menguji kamera aksi berkuasa terbaru dari Insta360 iaitu Insta360 ONE RS Twin Edition.
Menariknya model terbaru pek kamera aksi ini adalah ia didatangkan dengan 2 lensa iaitu lensa 360 darjah dan lensa 4K 48MP yang boleh dipertingkatkan sehingga 6K dalam mod skrin lebar.
Insta360 ONE RS Twin Edition didatangkan lengkap di dalam kotak bersama 1x pelindung lensa 360, 1x pek bateri (1445mAh), 1x kain pengelap lensa dan skrin, 1x kabel USB-C, lensa 360 dan lensa 4K Boost serta 2 pelekat Insta360 berwarna putih dan kuning.
Video langsung tak gegar
Sepanjang menguji kamera ini, penulis memasangkannya kepada motorsikal di mana penulis mengujinya dengan menunggang motorsikal setiap minggu balik ke Sungai Petani, Kedah dari Cyberjaya.
Sangat mengkagumkan kerana walaupun kamera bergegar dengan kuat sepanjang rakaman berlangsung terus dari motor, tetapi video-video yang dirakam adalah sangat stabil tanpa gegaran yang boleh mencacatkan saat-saat menarik video dirakam.
Ini kerana, Insta360 ONE RS dilengkapi dengan ciri terbina penstabilan imej yang dikenali sebagai FlowState Stabilization.
Jadi, anda tidak perlu bimbang dengan kestabilan video-video yang dirakam dengan Insta360 ONE RS ini.
Rajah di atas menunjukkan kamera Insta360 disambungkan bersama aksesori Insta360 invisible stick yang dipasangkan pada beg galas.
Bateri lebih tahan lama
Perkara yang paling penulis suka dengan kamera ini adalah ketahanan baterinya yang mampu beroperasi lama.
Penulis berpeluang menguji kamera ini selama beberapa hari mengembara di dalam Taman Negara Pahang.
Sepanjang menggunakannnya, penulis tidak berdepan isu kehabisan bateri kerana bateri kamera ini mampu bertahan sangat lama iaitu lebih daripada 2 jam (rakaman dibuat secara berhenti-berhenti).
Ini kerana, apa yang penulis perasan adalah kapasiti bateri Insta360 ONE RS didapati lebih besar berbanding model terdahulu Insta360 ONE R.
Aplikasi berkuasa, mudah diguna
Lagi satu yang penulis gemar dengan Insta360 ONE RS ini adalah ia sangat lancar digunakan bersama dengan aplikasinya iaitu Insta360.
Memindahkan kandungan rakaman secara tanpa wayar begitu mudah ke dalam telefon pintar dengan aplikasi Insta360.
Menyunting video-video di dalam aplikasi itu pula begitu menyeronokkan kerana ia sangat mudah diguna.
Penulis yang merupakan kali pertama menggunakan aplikasi ini bersama kamera tersebut langsung tidak berdepan sebarang masalah.
Lebih menyeronokkan adalah terdapat pelbagai kesan-kesan khas serta audio yang boleh digunakan bagi menjadikan video anda lebih menarik.
Tahan lasak, lensa mudah ditukar
Sebagai sebuah kamera aksi, kualiti binaan Insta360 ONE RS adalah sangat baik dan kukuh. Pernah beberapa kali penulis terjatuhkan kamera ini ketika menggunakannya.
Tetapi tiada dikesan kerosakan serius pada kamera yang sehingga menyebabkan ia gagal berfungsi.
Malah ia juga kalis air sehingga ke dalaman 5 meter tanpa perlukan kerangka tahan air.
Jadi, untuk membawanya berenang bersama di laut, sungai atau kolam renang, memang tiada masalah.
Menukarkan antara lensa kamera iaitu dari lensa 360 kepada lensa 4K atau sebaliknya juga sangat mudah dibuat dan pantas.
Pelbagai ciri mod rakaman video
Menjadikannya lebih berkuasa adalah Insta360 ONE RS dilengkapi dengan pelbagai mod rakaman yang boleh dipilih seperti Time Lapse, Slow Motion, HDR Photo, Time Shift, Star Lapse, Bullet Time, Live Stream (lensa 360) dan banyak lagi.
Walaubagaimanapun…
Cuma satu isu sahaja yang sedikit mengecewakan penulis iaitu berkaitan kualiti rakaman video malam dengan kamera Insta360 ONE RS adalah rendah di mana jelas kelihatan hingar (noise) pada video dan foto yang diambil.
Jadi, jika anda mahukan rakaman video malam yang berkualiti, Insta360 ONE RS bukanlah untuk anda.
{suggest}
Kesimpulan
Apa yang penulis boleh simpulkan selepas lebih 2 bulan mengguna Insta360 ONE RS Twin Edition ini adalah ia sebuah kamera aksi yang menyeronokkan, lain daripada yang lain.
Ia sangat sesuai diguanakan untuk pelbagai aktiviti harian anda sama riadah riangan mahupun aktiviti lasak.
Ini kerana terdapat pelbagai aksesori yang sesuai untuk hampir semua aktiviti yang anda biasa lakukan seperti menunggang motosikal/basikal, aktiviti air dan lain-lain.
Rakaman video dan foto dari Insta360 ONE RS sekaligus memberikan anda sudut pandangan berbeza yang unik untuk kandungan kreatif.
Kesimpulannya, jika anda mahu hasilkan sebuah rakaman video dan foto yang memberikan sudut pandangan berbeza dan unik tetapi pada masa yang sama dapat disunting dengan mudah dan pantas untuk dimuat naik ke ‘medsos’ (media sosial), Insta360 ONE RS Twin Edition lah kamera aksi terbaik untuk anda yang ada di pasaran ketika ini.
Insta360 ONE RS Twin Edition boleh dibeli menerusi Shopee yang berharga dari RM2,499 hingga RM2,799.
Beli Insta360 ONE RS Twin Edition di Shopee:-