Pada bulan Mei yang lepas, United Kingdom telah membangkitkan kembali satu peraturan lama untuk dimasukkan ke dalam buku undang-undang negara dengan tujuan menjadikan UK sebagai satu tempat yang selamat untuk manusia berada di dalam talian. Peraturan itu dinamakan sebagai Bil Keselamatan Dalam Talian (Online Safety Bill)
Secara ringkasnya, Online Safety BillĀ ini telah lama diperkenalkan sejak daripada era politik British tetapi keberkesanannya berubah dari semasa ke semasa akibat daripada kontroversi-kontroversi yang dikemukakan ke atasnya sehinggakan organisasi besar seperti WhatsApp dan Wikipedia hilang kepercayaan atas potensi peraturan ini.
Kerajaan UK menekankan bahawa Online Safety BillĀ ini adalah kaedah untuk membanteras kandungan terlarang seperti bahan penderaan seksual kanak-kanak (CSAM) dan mengurangkan kebarangkalian kanak-kanak untuk melihat kandungan seperti itu.
Hal ini dijangka dapat membanteras tragedi seperti bunuh diri, penderaan diri sendiri, gangguan makan dan gangguan seksual dalam talian dalam kalangan kanak-kanak dan golongan dewasa.
Namun, selepas beberapa tahun, Ofcom (Office of Communications) yang merupakan pihak berkuasa industri komunikasi UK telah mengemukakan garis panduannya kepada platform media sosial, enjin carian, permainan dalam talian dan mudah alih serta tapak pornografi untuk menangani kandungan haram seperti bahan penderaan seksual kanak-kanak (CSAM), kandungan keganasan dan penipuan.
Gill Whitehead, Ketua Keselamatan Dalam Talian Ofcom menekankan yang semua platform dalam talian mesti bertanggungjawab atas insiden dan risiko yang berlaku akibat kandungan terlarang yang disiarkan mereka sehingga terjadinya insiden yang tak diingini berlaku pada seseorang individu.
Antara cara yang dikemukan Ofcom kepada setiap platform adalah menyediakan polisi dimana pihak dari luar platform tidak boleh menghantar mesej langsung kepada kanak-kanak, membuang kandungan CSAM melalui pengesan padanan cincang, mengemaskini kandungan platform dan menawarkan cara untuk pengguna platform melaporkan kehadiran kandungan berbahaya.
Gill juga berkata sekiranya terdapat platform yang didapati melanggar peraturan ini, syarikat mereka akan dikenakan denda sebanyak 18 juta euro bersamaan lebih kurang RM100 juta atau 10% perolehan syarikat dari seluruh dunia.
{suggest}
Sumber: Verge