Baru-baru ini, U Mobile telah menukar kemudahan perbankan sedia ada yang bernilai sehingga RM1.4 billion kepada pembiayaan berkaitan kemampanan (SLF) bagi mencerminkan komitmen syarikat terhadap tanggungjawab kepada alam sekitar dan sosial.
Penukaran itu difasilitasikan oleh CIMB yang berperanan sebagai Ejen Penstrukturan Kemampanan serta UOB Malaysia berperanan sebagai Pemberi Pinjaman Bersama dan Pengatur Utama Kelestarian.
Penukaran ini adalah selari dengan strategi kemampanan keseluruhan U Mobile dan mereka berhak menerima rebat pada kadar faedah pinjamannya berdasarkan pencapaian Sasaran Prestasi Kemampanan (SPT) yang tertakluk kepada pengesahan bebas pihak ketiga.
Di dalam SPT, U Mobile telah komited terhadap pengurangan pelepasan karbon Skop 1 dan 2 melalui pelaksanaan projek kecekapan tenaga dan tenaga solar. Sehubungan dengan itu, mereka juga sasarkan pengurangan keamatan gas rumah hijau sebanyak 7.7 peratus menjelang 2023 dan 11.4 peratus pada 2024.
Ketua Pegawai Eksekutif Bersama, Kumpulan Perbankan Borong CIMB, Novan Amirudin, menyatakan pihak CIMB sangat menyokong usaha kemampanan U Mobile kerana ianya sejajar dengan cita-cita CIMB untuk menjadi bank peneraju kemampanan ASEAN di bawah pelan strategik Forward23+.
Pengarah Urusan dan Ketua Negara Perbankan Borong UOB Malaysia, Andy Cheah, pula menyokong tindakan U Mobile bertukar kepada SLF supaya mereka dapat memenuhi keperluan kewangan yang stabil seterusnya menjadi syarikat yang bertanggungjawab dan seimbang.
{suggest}
Sumber: Siaran Media U Mobile