Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Hubungi Kami
WISER.MY
U Home 5G harga

U Mobile Lancar U Home 5G, ‘Broadband’ 4G/5G Serendah RM78 Tanpa Kontrak

Posted on Jun 23, 2023Jun 23, 2023

U Mobile melancarkan U Home 5G iaitu pelan jalur lebar (broadband) serendah RM78/bulan tanpa kontrak yang menggunakan sambungan 4G/5G.

Disebabkan ia bukanlah fiber broadband, maka pelanggan tidak memerlukan temu janji atau pemasangan daripada juruteknik, sebaliknya terus pasang kad SIM pada router atau modem dan langsung gunanya serta-merta.

U Home 5G harga

Jika kawasan anda mempunyai liputan 5G, maka kelajuan minimum yang anda boleh nikmati ialah 100Mbps tapi masih tertakluk pada beberapa faktor lain.

Bagi sambungan 4G pula, purata kelajuannya ialah 23Mbps.

U Home 5G harga

Untuk masa terhad sehingga diberitahu lanjut, harganya kini RM68 berbanding RM78.

Sila telaah maklumat lanjut, syarat dan terma di laman web U Mobile.

{suggest}

Jika anda tidak mempunyai router, U Mobile menyenaraikan router yang boleh digunakan bersama kad SIM U Home 5G ini. Boleh beli di Shopee menerusi pautan di bawah:

  • ZTE MC801A1 (5G) – https://invl.io/clj059j
  • ZTE MC8020 (5G)​​ – https://invl.io/clj05a4
  • ZTE MF286C (4G) – https://invl.io/clj05ah

Sumber: Siaran Akhbar Mobile

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA
©2023 WISER.MY | Powered by SuperbThemes & WordPress