Sejak Elon Musk mengambil alih Twitter, pelbagai perubahan dilakukannya di platform itu. Daripada memperkenal pelbagai lencana Twitter, sehingga menjenamakan semula platform itu kepada X.
Terbaharu, Musk nampaknya mahu membuat satu lagi perubahan di platform X, sebelum kembali mengubah fikirannya.
{suggest}
Dalam ciapan balas kepada seorang pengguna, Musk menyatakan platform X tidak lama lagi hanya akan mempunyai pilihan paparan mod gelap sahaja, yang mana menurutnya adalah lebih baik.
This platform will soon only have “dark mode”. It is better in every way.
— Elon Musk (@elonmusk) July 27, 2023
Ketika ini, X menawarkan kedua-dua mod gelap dan cerah. Terdapat juga pilihan “Dim” yang mana juga gelap tetapi dengan latar biru gelap, berbanding sepenuhnya hitam pekat.
Walaupun kebanyakannya menyukai mod gelap, namun terdapat beberapa pengguna lebih memilih untuk menggunakan mod cerah.
Seperti dinyatakan oleh beberapa pengguna, agak sukar untuk membaca teks di siang hari dalam cahaya terang dengan mod gelap. Ianya juga menyukarkan pengguna yang mengalami disleksia atau masalah penglihatan.
i wish he’d reconsider. but unfortunately he doesn’t care. only about himself.
— angelo (@jellomendez) July 27, 2023
Setelah mengambil kira pelbagai pandangan pengguna, Musk akhirnya memaklumkan platform X akan mengekalkan mod cerah, namun menjadikan mod gelap sebagai ‘default’ dan menghapuskan pilihan paparan ‘Dim’.
A lot of people have asked to keep light mode, so we will, but the default will be dark and dim will be deleted
— Elon Musk (@elonmusk) July 28, 2023
Bukan perkara baharu, dengan Elon Musk, segala kemungkinan dan perubahan boleh terjadi dalam tempoh yang singkat.