Seorang pakar keselamatan telah memberi amaran kepada pengguna Twitter untuksegera memadam DM (Direct Message) Twitter mereka jika mereka mahu maklumat sulit mereka selamat.
Saranan itu adalah daripada penganalisis keselamatan siber bernama Graham Cluley ekoran keadaan kelam kabut di Twitter selepas pengambilalihan syarikat itu oleh Elon Musk.
“Sudah tiba masanya. Padamkan DM Twitter anda, Memadam DM anda tidak menghalang Twitter menyimpan salinan mereka sendiri, tetapi mengurangkan cara mereka boleh mengakses dan membiarkan mesej peribadi anda daripada terdedah.” ciap Cluley di Twitter pada Rabu minggu lalu.
{suggest}
r/t It’s time. Delete your Twitter DMs
Deleting your DMs doesn't stop Twitter storing their own copy, but does reduce the ways in which they can screw-up and leave your private messages exposed.https://t.co/uB5c1XhFwd
— Graham Cluley 🇺🇦 (@gcluley) November 16, 2022
Saranan itu juga hadir selepas Musk memecat beratus-ratus jurutera Twitter dan eksekutif kanan sejak beberapa minggu lalu. Cluley percaya ini telah mendedahkan laman web media sosial itu kepada serangan siber.
Sumber: Venture