CEO kepada platform penstriman Twitch, Dan Clancy, membuat kenyataan di blog Twitch baru-baru ini dengan perisian bahawa syarikatnya akan menamatkan perkhidmatan Twitch di seluruh negara Korea Selatan pada 27 Februari 2024.
Beliau menegaskan bahawa kos bagi mengendalikan platform Twitch di negara tersebut melebihi bajet yang boleh dibelanjakan oleh syarikat itu.
Pelbagai ikhtiar telah dilakukan oleh pihak mereka bagi mengekalkan perkhidmatan Twitch di negara itu. Antaranya ialah menetapkan tahap maksimum kualiti strim dan video kepada 720p.
Walau bagaimanapun, perbezaan kos perkhidmatan Twitch di Korea Selatan dikatakan 10 kali ganda lebih mahal daripada negara-negara lain.
Sehubungan dengan keputusan mengejut itu, pihak Twitch menegaskan bahawa mereka akan cuba sedaya upaya untuk menyediakan platform penstriman bagi penstrim-penstrim di Korea Selatan yang terjejas supaya masa yang diperuntukkan untuk membina komuniti mereka tidak dibazirkan.
{suggest}
Sumber: Twitch Blog