Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Hubungi Kami
WISER.MY

TV Satelit Indonesia Akan Tiba Di Malaysia Tahun Ini

Posted on Jun 23, 2023Jun 23, 2023

Penyedia perkhidmatan televisyen satelit berbayar Indonesia, MNC Vision Networks akan memasuki pasaran Malaysia tahun ini.

Namun, tarikh terperincinya tidak dijelaskan.

File:MNC Vision Networks.png - Wikimedia Commons

Setakat ini, kita di Malaysia hanya mempunyai Astro sebagai penyedia perkhidmatan TV satelit.

Justeru, Ade berkata, “Potensi pasaran cukup besar memandangkan masih belum terlalu banyak pemain kandungan televisyen di Malaysia.”

Di Indonesia, mereka mempunyai lebih 11.5 juta pelanggan.

MNC Vision Networks bekerjasama dengan Ansat Broadcast dari Malaysia untuk meluaskan operasinya di sini.

Perbelanjaan modal pula tidak diperlukan kerana mereka menggunakan liputan satelit sedia ada yang merangkumi kawasan sekitar pulau Sumatera, tambah Ade.

Kedua-dua pihak telah menandatanani lembaran terma perjanjian usaha sama yang ditandatangani Hary dan pengerusi eksekutif Ansat Broadcast Tan Sri Vincent Tan pada Disember tahun lalu.

Kita tunggu nanti bilakah ketersediaan dan tawaran dibawakannya.

Sumber: BERNAMA

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA
©2023 WISER.MY | Powered by SuperbThemes & WordPress