Pasukan Toyota Gazoo Racing baru-baru ini menayangkan video kejayaannya di rali dunia serta hasil ‘convert‘ yang dilakukan ke atas kereta ikonik keluaran mereka iaitu Toyota AE86 (Tureno dan Levin), dengan mengubah 2 siri kereta itu kepada versi bateri elektrik dan hidrogen di pameran Tokyo Auto Salon.
Pengeluar utama kenderaan bermotor dari Jepun itu sebelum ini telah mendominasi pasaran kenderaan hibrid menerusi Toyota Prius.

Walaubagaimanapun Presiden Akio Toyoda dilaporkan berkata, usaha ekologi dalam industri kereta mula dihargai di banyak negara, tetapi dia berasa kurang dihargai di Jepun.
{suggest}
Semasa di pameran itu, beliau menyatakan bahawa tidak mahu meninggalkan golongan pencinta kenderaan lama dan pada masa yang sama menunjukkan bahawa Toyota tidak terkebelakang dalam perlumbaan menghasilkan kereta elektrik.
Menerusi penukaran enjin ke atas kereta ikonik mereka itu, jelas Toyota ingin menyatakan bahawa mereka mempunyai teknologi, kejuruteraan, kewangan dan pengalaman industri untuk kekal sebagai pesaing kuat dalam penghasilan kenderaan hijau.
Sumber: Time