Mungkin masih ramai yang tidak tahu, Touch n Go eWallet telah melancarkan perkhidmatan terbaru yang menawarkan perlindungan data peribadi untuk pengguna.
Perkhidmatan berbentuk langganan itu dikenali sebagai MyCyberShield bertujuan mempermudahkan perlindungan data peribadi anda pada harga serendah RM9.99/3 bulan.
Atau anda juga boleh langgan MyCyberShield hanya pada harga RM18.99/6 bulan atau RM36.99 untuk tempoh 12 bulan.
Atau anda boleh mencuba perkhidmatan ini secara percuma terlebih dulu untuk tempoh 5 hari.
MyCyberShield membolehkan pengguna memantau dan mendapatkan makluman untuk pelanggaran data peribadi mereka seperti alamat e-mel, nama pengguna, nombor akaun bank, kad kredit, nombor mudah alih, kad pengenalan dan pasport.
MyCyberShield juga boleh mengesan dan memantau dua perkara pilihan anda untuk semua jenis pelanggaran data.
Terdapat perbezaan antara tempoh percubaan percuma dan langganan berbayar.
Pelangganan berbayar dibenarkan memantau lebih daripada satu e-mel dan sehingga dua data dipantau yang berbeza, iaitu, kad kredit, nombor akaun bank dan lain-lain.
Sementara percubaan percuma hanya membolehkan anda memantau satu e-mel sahaja.
Malah langganan berbayar juga disertakan dengan bantuan CyberHelp yang membolehkan pengguna menghubungi penasihat 24/7 untuk mendapatkan bantuan sekiranya berlaku pelanggaran data.
Untuk mendapatkan info lebih lanjut tentang servis MyCyberShield dari Touch n Go eWallet ini, layari laman rasmi Pusat Bantuan MyCyberShield.
{suggest}
(Beli produk rasmi TnG dari stor rasmi Touch n Go Malaysia di Shopee dan Lazada).