Pada 2021 dahulu, Razer telah menayangkan pelitup muka N-95 di acara CES 2021.
Razer mendakwa topeng muka Zephyr itu merupakan pelitup muka pintar di dunia yang direka dengan beberapa ciri utama untuk memastikan keselamatan serta kualiti terbaik.
Antara ciri utamanya adalah teknologi VoiceAmp dengan mikrofon dan amplifier terbina untuk memastikan pertuturan dilontarkan dengan jelas walaupun bertopeng.
Walau bagaimanapun, syarikat itu kini dilaporkan telah berhutang dengan Suruhanjaya Perdagangan Persekutuan (FTC) lebih $1.1 juta selepas didenda kerana “kesalahan” pensijilan pelitup muka gred N95.
“Perniagaan ini secara palsu mendakwa, di tengah-tengah pandemik global, bahawa topeng muka mereka adalah setara dengan alat pernafasan yang diperakui N95,” kata Samuel Levine, Pengarah Biro Perlindungan Pengguna FTC.
“FTC akan terus mempertanggungjawabkan perniagaan yang menggunakan dakwaan palsu dan tidak berasas untuk menyasarkan pengguna yang membuat keputusan tentang kesihatan dan keselamatan mereka.”
Razer pada mulanya, dilaporkan memasarkan topeng itu sebagai pensijilan gred N95.
Bagaimanapun, berdasarkan orang yang membuat pemeriksaan terhadap pelitup muka Razer itu mengatakan pensijilan gred N95 adalah tidak benar.
Razer akhirnya menghentikan pemasaran topeng mereka itu sebagai diperakui N95, tetapi kesilapan telah berlaku. Dan kini syarikat itu berhutang lebih $1.1 juta dalam bentuk denda untuk kesilapannya.
Semakan di laman sesawang rasmi mereka yang memaparkan produk tersebut juga kini sudah tiada lagi.
FTC dalam satu kenyataan berkata, “Penjual topeng muka gred N95 yang dipanggil Zephyr akan membayar lebih daripada $1.1 juta untuk memberikan bayaran balik penuh kepada pengguna di seluruh negara, serta penalti sivil, di bawah cadangan penyelesaian”.
{suggest}
Sumber: FTC