Sooka hari ini memaklumkan mereka akan menawarkan akses percuma selama 2 hari untuk semua siaran sukan di platform mereka.
Tawaran percuma ini akan bermula dari 2 Disember hingga 3 Disember 2023.
Antara siaran sukan yang boleh ditonton dalam tempoh 2 hari itu adalah perlawanan bola sepak antara Kedah lawan Selangor, Liverpool lawan Fulham, Sri Pahang lawan JDT dan banyak lagi.
Selain itu, mereka yang memiliki akaun Sooka akan boleh menonton perlawanan akhir Piala Malaysia antara JDT dan Terengganu yang akan di strim langsung secara percuma.
{suggest}