Pengendali satelit utama negara, MEASAT Global Berhad (“MEASAT”) telah menerbitkan video dokumentari berjudul ‘It Started with a “Beep”’.
Dokumentari berdurasi 40 minit itu akan boleh ditonton menerusi saluran-saluran Astro terpilih berikut:-
- Astro Awani pada 6 Oktober 2022, jam 11.00pm, ulangan pada 7 Oktober 2022, jam 11.00pm
- Vinmeen pada 7 Oktober 2022, jam 7.00pm, ulangan pada 8 Oktober 2022, jam 11.00am
- Ria pada 7 Oktober 2022, jam 9.00pm, ulangan pada 8 Oktober 2022, jam 7.00pm
- PrimeTime pada 8 Oktober 2022, jam 7.00pm, ulangan pada 9 Oktober 2022, jam 7.00pm
- AEC pada 9 Oktober 2022, jam 6.00pm, ulangan pada 15 Oktober 2022, jam 2.00pm
{suggest}
Selain itu, dokumentari itu juga turut akan boleh ditonton menerusi servis Astro on Demand dan Astro GO sehingga 5 Oktober 2023.
Dokumentari itu memaparkan sejarah komunikasi satelit di Malaysia dan peranannya dalam negara sejak tiga dekad lalu, termasuk impak satelit MEASAT-3d yang baharu.
Sumber: MEASAT