TM Unifi telah melancarkan tawaran perniagaan digital terbaharunya iaitu Penyelesaian e-Farmasi, aplikasi mudah alih yang membolehkan e-preskripsi melalui telekonsultasi untuk ahli farmasi dan pesakit.
Hasil kerjasama daripada teleperubatan, pelbagai akses yang ditawarkan kepada lebih 500 profesional penjagaan kesihatan berlesen dan didatangkan dengan kelajuan 100Mbps sehingga 2Gbps untuk pelan jalur lebar tetap Unifi Business.
Perkara ini bertujuan untuk membantu ahli farmasi membekalkan ubat-ubatan penting dan perkhidmatan farmaseutikal. Secara tidak langsung, banyak penambahbaikan yang berlaku dari pelbagai sudut aspek.
{suggest}
Menteri Komunikasi, YB Fahmi Fadzil telah merasmikan Peluncuran Penyelesaian e-Farmasi TM seiring kerjasama antara Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) dan Persatuan Farmasi Malaysia (MPS) semasa Persidangan PEDi MADANI.
Antara ciri-ciri utama penyelesaian e-Farmasi Unifi Business yang dibincangkan adalah:
- Pemprosesan preskripsi diperkemas.
- Penambahbaikan pengalaman.
- Penambahbaikan pengurusan ubat-ubatan.
- Pengurusan pesakit secara selamat.
- Berkelayakan untuk geran Digital PKMS Madani (GDPM).
Penawaran baharu ini turut membentuk usaha berterusan TM ke arah menjadi Digital Powerhouse menjelang tahun 2030 kelak.
Sumber: Siaran Media TM