Komitmen TM terhadap kualiti, kepuasan pelanggan, dan kemajuan teknologi membuahkan hasil apabila syarikat penyedia perkhidmatan telekomunkasi itu memenangi Anugerah Platinum dalam kategori Communication Networks di Putra Brand Awards 2023.
“Anugerah ini adalah cerminan jelas terhadap komitmen kami untuk merealisasikan janji ‘Masa Depan Anda Kini’ dan menjadi tonggak penting perjalanan strategik syarikat untuk menjadi kuasa besar digital (digital powerhouse) menjelang 2030.” Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan TM, Amar Huzaimi Md Deris.
Selain itu, TM menerusi cabang pendidikannya, Universiti Multimedia (MMU) turut memenangi Anugerah Platinum bagi kategori Education & Learning.
Putra Brand Awards menonjolkan kekuatan jenama berdasarkan pilihan pengguna, melibatkan proses pemilihan yang ketat dengan mengambilkira kepercayaan pengguna dan kecemerlangan jenama.
{suggest}
Sumber: Siaran media TM