TM menerusi cabang perniagaan-ke-perniagaan mereka, TM One telah menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) bersama Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) untuk kerjasama strategik bagi meningkatkan transformasi digital universiti tersebut dan menambah baik pengalaman pelajar dalam pembelajaran digital.
Dalam kenyatan media bersama mereka menyatakan, kerjasama ini akan berasaskan tiga teras iaitu:
- penciptaan bersama ekosistem inovasi,
- pembangunan bakat,
- perkongsian pandangan mengenai pengajian tinggi dan trend perniagaan – dengan matlamat untuk membangunkan USIM menjadi sebuah universiti pintar.
Pembangunan tiga teras utama ini akan membolehkan universiti itu melangkah ke arah pengalaman pembelajaran digital yang lebih lancar dan meningkatkan proses pengalaman para pelajarnya.
Ini termasuklah peperiksaan dalam talian, penyepaduan IT, keselamatan data sensitif dan harta intelek, penyelesaian pintar di kampus dan penyelesaian mobiliti yang menyeluruh.
Paling utama, kerjasama ini akan membolehkan pendekatan pembelajaran yang lebih kolaboratif antara fakulti dan pelajar USIM, menyelaraskan universiti tersebut dengan keperluan pelajar global masa kini.
Memanfaatkan rangkaian luas penyelesaiannya, TM One akan menyokong pelan transformasi digital USIM dalam lima kluster berbeza;
- Tadbir Urus Pintar
- Infrastruktur Pintar
- Perkhidmatan Pintar
- Pembelajaran Pintar
- Gaya Hidup Pintar
TM menyatakan melalui usahasama ini, mereka akan menyokong perjalanan transformasi USIM melalui penyelesaian dan infrastruktur digital yang selamat dan terkini.
Penyelesaian seperti keselamatan siber, perkhidmatan pintar dan mobiliti akan meningkatkan keupayaan digital institusi, menambah baik pengajaran dan pembelajaran, pentadbiran penyelidikan dan perkhidmatan pelajarnya.
{suggest}
Sumber: Media TM dan USIM