Baru-baru ini, Tesla dilaporkan telah mengambil tindakan menyaman agensi pos di Sweden selepas pekerja-pekerja di agensi itu bertindak untuk tidak menghantar plat lesen kepada pemilik-pemilik Tesla di Sweden.
Hal ini berlaku disebabkan oleh gabungan persetujuan antara pekerja-pekerja agensi pos dengan pekerja-pekerja perkhidmatan kereta Tesla yang mogok.
Berdasarkan laporan, sebanyak 130 orang pekerja dari 7 kedai pembaikan Tesla di Sweden telah mengangkat kaki mereka daripada syarikat itu atas arahan daripada Kesatuan Kebangsaan Sekerja Sweden, IF Metall. Perkara yang sama juga berlaku di bahagian pengurusan kapal kargo untuk kereta Tesla.
Sehubungan dengan tuntutan saman pembuat kereta di Sweden, perubahan dasar bagi Agensi Pengangkutan Sweden telah dilakukan di mana setiap plat lesen yang ingin dihantar mesti melalui pengurusan syarikat pos kendalian kerajaan, PostNord, sebelum di pos ke pemiliknya.
Walau bagaimanapun, saluran berita perniagaan Amerika Syarikat, CNBC, menegaskan bahawa ketersediaan plat lesen kepada pemiliknya yang tertangguh itu masih menjadi tanggungjawab kerajaan Sweden untuk diselesaikan.
{suggest}
Sumber: Verge