Baru-baru ini, platform media sosial, TikTok, yang kini lebih dikenali sebagai tempat untuk berniaga dan bersosial telah menunjukkan beberapa pembaharuan baharu yang semakin menyerupai platform YouTube.
Hal ini mula dikesan dalam siaran salah seorang pengguna Threads, Matt Navarra yang memaparkan gambar mengenai keperluan untuk seseorang itu menyiarkan video yang berdurasi lebih daripada 1 minit.
Pada mulanya, TikTok hanya mengehadkan durasi siaran video di bawah 15 saat yang kemudiannya berkembang kepada 60 saat, 3 minit, 10 minit dan 15 minit.
Pembaharuan yang berada dalam fasa percubaan ini pula dijangka mampu menyiarkan video pada durasi maksimum, iaitu 30 minit.
Jika perkara ini dilaksanakan, identiti TikTok sebagai platform video menegak berdurasi pendek akan mula hilang dan kebarangkalian jumlah penggunanya untuk berkurangan adalah besar.
{suggest}
Sumber: 9To5Google