TikTok memang tidak dinafikan sebuah platform media sosial khusus untuk video yang amat popular ketika ini dan bulan lalu, TikTok dilaporkan bakal memperkenalkan aplikasi perkongsian gambar untuk bersaing dengan Instagram.
Berdasarkan laporan daripada Techcrunch, TikTok sudah mengesahkan bahawa aplikasi tersebut dalam fasa pembangunan.
Ada pengguna TikTok sudah menerima notis pemberitahuan berkaitan aplikasi pesaing Instagram itu dan dalam perkongsiannya, ia terpapar “TikTok Notes”.
Looks like TikTok is launching a new app for photo posts called 'TikTok Notes'. pic.twitter.com/xTbgcGxJno
— Alex Friedman 🤠 (@heyalexfriedman) April 8, 2024
Tambahan lagi, kiriman bergambar yang sudah atau bakal dimuat naik akan diperlihatkan di TikTok Notes.
“As part of our continued commitment to innovating the TikTok experience, we’re exploring ways to empower our community to create and share their creativity with photos and text in a dedicated space for those formats,” kenyataan TikTok kepada jurucakap TechCrunch
Tidak pelik jika langkah ini dibuat TikTok kerana disebabkan aplikasi mereka, gergasi media sosial dari Meta dan Google pun dilihat meniru TikTok.
Walau bagaimanapun, belum diketahui lagi bilakah aplikasi TikTok Notes ini akan dilancarkan. Namun, adakah pengguna Instagram akan beramai-ramai hijrah ke platform baharu itu?
{suggest}
Sumber: TechCrunch