Baru-baru ini, syarikat Canon Inc. telah mengumumkan kejayaan mereka dalam mengekalkan kedudukan pertama dalam saham pasaran global untuk 21 tahun berturut-turut daripada tahun 2003 hingga 2023.
Produk kamera yang menjamin kejayaan mereka adalah siri Canon EOS, produk kamera Canon dengan ciri lensa boleh tukar bagi merealisasikan sistem pengimejan mereka yang berkonsepkan kelajuan, keselesaan dan kualiti imej yang paling tinggi.
Oleh yang demikian, mereka telah memperbaharui siri EOS ini menerusiĀ siri EOS R untuk tahun 2023 yang terdiri daripada EOS R8, EOS R50 dan EOS R100.
Untuk pengetahuan anda, R8 merupakan kamera tanpa cermin berbingkai penuh yang bersaiz kecil serta ringan dan dalam masa yang sama menawarkan gambar berkualiti tinggi.
Selain itu, lensa R50 pula menjamin keselesaan tangkapan gambar dengan saiz kamera tanpa cermin APS-C yang mempunyai pelbagai ciri kemudahan.
Bagi lensa R100 pula, ia menawarkan kamera tanpa cerminĀ APS-C 9 RF yang sesuai untuk kegunaan golongan pemula dalam seni fotografi.
{suggest}
Sumber: Siaran Media Canon