Seiring dengan pemberitahuan penamatan sokongan oleh platform perkhidmatan permainan Steam terhadap sistem perisian macOS versi 10.13 (High Sierra) dan 10.14 (Mojave) yang dijangka berkuatkuasa pada 15 Februari 2024, perkara yang sama telah dilakukan untuk sistem operasi Windows 7, 8 dan 8.1.
Tindakan ini mula dilaksana pada 1 Januari 2024 dan pengguna yang terjejas tidak lagi akan menerima kemas kini teknikal, pemasaran dan keselamatan yang terkini dan akan datang.
Sehubungan dengan itu, pihak Steam menegaskan bahawa mereka tidak akan bertanggungjawab ke atas segala isu pecah masuk dan kehilangan permainan dalam sesuatu akaun pengguna yang masih menggunakan Windows 7, 8 dan 8.1.
Sama seperti tindakan yang diperlakukan terhadap macOS, ciri teras dalam Steam kini memerlukan sokongan daripada kemas kini Google Chrome yang terkini.
Pihak Steam juga menyarankan supaya pengguna Steam bertukar kepada peranti dekstop yang menggunakan Windows 10 dan ke atas supaya kemas kini Steam yang akan datang dapat dilaksanakan tanpa sebarang masalah.
{suggest}
Sumber: Steam