Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Hubungi Kami
WISER.MY

Tiada Lagi ‘Filter’ Menarik Yang Boleh Diguna Di Zoom Dan Google Meet Selepas Ini

Posted on Januari 6, 2023

Snap pernah mengeluarkan sebuah aplikasi di mana pengguna boleh memilih penapis yang ingin digunakan sepanjang panggilan Zoom atau Google Meet.

Namun keseronokan ini tidak akan bertahan lama kerana Snap bakal menutup aplikasi tersebut pada 25 Januari 2023.

Jika pengguna terlupa, Snap Camera merupakan sebuah aplikasi yang seringkali digunakan sewaktu kelas atau perjumpaan atas talian.

Ini merupakan salah satu insiden yang tidak dapat dilupakan sewaktu aplikasi tersebut menjadi tumpuan sepanjang berlangsungnya PKP:

my boss turned herself into a potato on our Microsoft teams meeting and can’t figure out how to turn the setting off, so she was just stuck like this the entire meeting pic.twitter.com/uHLgJUOsXk

— clegg (@PettyClegg) March 30, 2020

Snap Camera diperkenalkan semasa 2018 di mana tujuan asalnya untuk memeriahkan sesi penstriman di Twitch.

{suggest}

Ini merupakan salah satu kenangan yang tidak dapat dilupakan oleh semua pengguna terutamanya sewaktu PKP di mana semua pekerja dan pelajar terpaksa berjumpa di atas talian sahaja.

Namun zaman kegemilangan aplikasi tersebut telah pun sampai ke penghujungnya. Syarikat tersebut sudah mula membuang 20 peratus daripada pekerjanya serta membatalkan projek seperti dron Pixy.

Sumber: The Verge

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA
©2023 WISER.MY | Powered by SuperbThemes & WordPress