Permainan video The Sims 4 akan percuma untuk dimuat turun bermula 18 Oktober depan. Selepas 8 tahun dilancarkan, EA akhirnya akan memberikan permainan tersebut secara percuma.
{suggest}
Sekiranya pembaca telah pun membayar atau memilih untuk membeli The Sims 4 sebelum 17 Oktober ini, EA akan menghadiahkan Desert Luke Kit dimana ia mengandungi perabot dengan tema gurun barat daya.
Kepada pembaca yang berminat, anda boleh memuat turun The Sims 4 melalui platform digital EA, Origin bagi pemilik PC. Malah, ia turut ditawarkan secara percuma buat Mac serta konsol PS4, PS5, Xbox One dan juga Xbox Series S|X.
Dalam perkembangan lain, EA juga akan menganjurkan strim langsung di platform YouTube dan Twitch pada 18 Oktober ini berkaitan perancangan mereka terhadap francais yang seterusnya.
Sumber: engadget