Syarikat permainan video, Naughty Dog, kini telah mengesahkan ketibaan The Last Of Us II Remastered untuk konsol PS5. Berita ini telah disiarkan di laman web rasmi mereka sendiri pada hari Jumaat yang lepas.
The Last of Us II Remastered yang merupakan siri permainan aksi dan pengembaraan ini telah mendapat penambahan baharu iaitu mod survival roguelike yang dipanggil sebagai “No Return” dan mod “Guitar Free Play“.
Selain itu, pengurus kandungan editorial, Jonathon Dornbush, memberi penerangan bahawa permainan siri baharu ini akan menawarkan output 4K (fidelity mode) dan 1440p upscaled 4K (performance mode). Bagi anda yang menggunakan TV yang menyokong VRR, pilihan untuk framerate akan tersedia di dalam tetapan permainan.
Jika sebelum ini anda bermain The Last of Us II di PS4, anda boleh menaik taraf ke versi Remastered dengan harga USD10 (~RM46.79) tanpa kehilangan simpanan permainan di versi lama.
Versi ini dijangka akan keluar pada 19 Januari 2024 dengan pra-tempah yang boleh dibuat pada 5 December 2023.
Untuk maklumat lanjut tentang perkembangan The Last of Us II Remastered ini, anda boleh rujuk di laman web rasmi Naughty Dog.
{suggest}
Sumber: Naughty Dog