Pengeluar kenderaan elektrik (EV) terkenal, Tesla telah mengaitkan penurunan permintaan terhadap EV mereka baru-baru ini dengan peningkatan populariti kereta hibrid.
Dalam pembentangan pendapatan suku pertamanya, Tesla menyatakan peralihan dalam pilihan pengguna ini telah memberi kesan ketara kepada prestasi jualan Tesla.
“Kadar penggunaan EV di seluruh dunia berada di bawah tekanan dan banyak pengeluar kereta lain menarik balik EV dan sebaliknya meneruskan pengeluaran hibrid,” kata Ketua Pegawai Eksekutif Tesla, Elon Musk dalam ucapan pembukaan mengenai panggilan pendapatan.
Industri automotif kini menyaksikan trend ketara ke arah kenderaan hibrid, dengan pemain utama seperti GM dan Toyota mengalihkan fokus mereka ke arah teknologi ini.
Anjakan strategik ini telah mewujudkan landskap yang kompetitif di mana pengeluar EV seperti Tesla menghadapi cabaran dalam mengekalkan permintaan pasaran.
Minggu lalu telah dilaporkan, Tesla Malaysia telah menurunkan harga jualan EVnya, Model 3 dan Model Y sebanyak RM8,000.
Kita dapat lihat yang sebenarnya, Tesla bukan sahaja menghadapi tekanan daripada kenderaan hibrid, tetapi juga kenderaan elektrik (EV) daripada China yang menawarkan harga mampu milik.
{suggest}
Sumber: MES, techcrunch