Tesla kini melancarkan varian prestasi bagi EV Model 3 mereka di mana sebelum ini kuasa kudanya adalah 460Hp telah dipertingkatkan kepada 510Hp.
Tesla menyatakan, varian prestasi generasi ke-4 ini memberikan sehingga 22% lebih kuasa, peningkatan 32% kuasa maksimum dan penambahan 16% kuasa tork.
Peningkatan itu sekaligus menjadikan kuasa pecutan Model 3 kini setinggi 741 Nm yang membolehkan EV ini mencapai pecutan dari 0 ke 60 mph (~96.5km/j) hanya dalam masa 2.9 saat sahaja.
Menjadikannya sebagai Tesla Model 3 paling berkuasa ketika ini.
Turut ditawarkan dalam varian prestasi baharu ini adalah mod trek V3 yang lebih baik di mana ia kini menyepadukan kawalan motor, kawalan penggantungan, penyejukan powertrain & Pengawal Dinamik Kenderaan (VDC) di bawah satu sistem.
Varian prestasi baharu untuk model 3 ini adalah bermula dari USD40,490.
Sebagai perbandingan, harga varian prestasi untuk Tesla Model 3 di Malaysia ketika ini berharga RM242,000.
{suggest}
Sumber: Tesla