Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Hubungi Kami
WISER.MY
robot tesla

Tesla Akan Keluarkan ‘Optimus’, Robot Yang Boleh Pergi Beli-Belah

Posted on Jun 3, 2022

Syarikat Tesla Inc. dikhabarkan akan mengeluarkan prototaip robot humanoid yang boleh berfungsi dalam beberapa bulan lagi.

Perkhabaran ini dikeluarkan sendiri oleh Ketua Pegawai Eksekutif, Elon Musk, di laman Twitter-nya, sambil menangguhkan Tesla AI Day ke 30 September 2022.

Tesla AI Day pushed to Sept 30, as we may have an Optimus prototype working by then

— Elon Musk (@elonmusk) June 3, 2022

Robot ‘Optimus’, pertama kali diperkenalkan pada Ogos 2021 semasa AI Day sulung Tesla, merupakan robot bersaiz manusia yang dikatakan Musk akan dapat melaksanakan tugas manusia seperti membeli-belah.

Menurut Musk, robot humanoid yang juga dikenali sebagai Tesla Bot, suatu hari nanti akan berpotensi untuk menjadi lebih berguna berbanding perniagaan kenderaan.

Berdasarkan apa yang dibentangkan semasa acara AI 2021, Optimus memiliki ketinggian sekitar 173 sentimeter, berat sekitar 57 kilogram dan berkapasiti untuk menampung 20 kilogram.

Tentunya robot ini dikawal oleh sistem kecerdasan buatan (AI), sama seperti

yang sedang dibangunkan Tesla untuk digunakan oleh kenderaan elektriknya.

Sumber dan gambar utama: Bloomberg

Baca juga:

  • Saintis Berjaya Tumbuhkan Sel-Sel Pada Badan Robot
  • Dyson Akan Bangunkan Robot Untuk Bantu Buat Kerja Rumah
  • Teknologi Robot Manusia Di China Lengkap Dengan Urat Dan Bulu Roma

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA
©2023 WISER.MY | Powered by SuperbThemes & WordPress