Samsung Malaysia kini telah membawa masuk tiga siri produk TV terbaru yang dilengkapi dengan teknologi Samsung AI.
Neo QLED 8K
Siri pertama ini hadir dengan dua pilihan model, QN800D dan QN900D serta disokong oleh kadar segar semula 100Hz dan resolusi 8K (7680 x 4320).
Selain itu, ia juga lengkap dengan teknologi kecerdasan buatan 8K AI Upscaling Pro.
Neo QLED 4K
Selain dilengkapi dengan teknologi 4K AI Upscaling, siri ini juga hadir dengan skrin Pantone Validated untuk kualiti paparan yang lebih realistik.
Teknologi AI Sound untuk siri ini pula disokong oleh Active Voice Amplifier Pro bagi menyediakan kualiti suara yang lebih jelas.
OLED TV
Siri OLED ini pula tersedia khas untuk kegunaan gaming di mana ia dilengkapi dengan ciri AI Auto Game Mode yang mengoptimumkan tetapan kualiti paparan dan output bunyi secara automatik.
{suggest}
Teknologi kecerdasan yang diterapkan untuk ketiga-tiga siri Samsung AI TV tersebut terdiri daripada AI Picture, AI Sound dan AI Optimization.
Seperti yang tertera di atas, anda boleh dapatkan salah satu model daripada tiga siri Samsung AI TV ini dengan promosi potongan harga prapesan yang melayakkan anda nikmati kredit Touch ‘n Go e-wallet sehingga RM2,900.
Prapesan dan pembelian bermula dari 17 April 2024 hingga 2 May 2024 dan anda juga berpeluang untuk memenangi hadiah bernilai RM140,000.
Beli barisan TV Samsung dari stor rasmi di:
- Shopee – https://invl.io/cll12f0
- Lazada – https://invol.co/cll12ew
{suggest}
Sumber: Siaran Media Samsung Malaysia