Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Hubungi Kami
WISER.MY

Telegram Jawab Kenapa Mereka Tidak Mahu Beri Kerjasama Pada KKD

Posted on Mei 31, 2023

Wakil Telegram iaitu Remi Vaughn telah menjawab berkenaan keengganan platform itu untuk bekerjasama dengan kerajaan Malaysia.

Alasannya, mereka tidak mahu terlibat dengan apa-apa bentuk penapisan politik.

“Telegram will not, however, participate in any form of political censorship,” kata Vaughn.

Mereka sudah pun aktif memantau kandungan di sana dan sedia menerima aduan melalui aplikasi dan [email protected], tambah beliau.

Menteri Fahmi Fadzil sebelum ini telah menerima pelbagai aduan berkenaan kandungan yang disebarkan melalui Telegram seperti perkongsian bahan pornografi, penjualan barang terlarang dan lain-lain.

{suggest}

Minggu lalu, Menteri berkata Telegram boleh dikenakan undang-undang kerana keengganan untuk memberi kerjasama dengan Kerajaan.

Telegram telah mengendahkan permintaan kerajaan untuk mengadakan mesyuarat bersama berkaitan keselamatan sejak Januari lalu.

Terdahulu, Tiktok, Facebook dan Twitter telah pun memberi kerjasama dengan pihak kementerian.

Sumber: FMT

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA
©2023 WISER.MY | Powered by SuperbThemes & WordPress