Selain daripada iklan yang berterusan daripada aplikasi-aplikasi MIUI di peranti Xiaomi yang sering mengganggu penggunanya, hal yang sama juga dikesan bagi ciri muat turun aplikasi secara automatik dalam peranti ini.
Perkara ini dilihat remeh oleh pelbagai pihak kerana jenis aplikasi yang dimuat turun adalah Google Services seperti Wallet, Files dan banyak lagi sebagai persediaan awal bagi setiap telefon baharu.
Namun begitu, anda perlu tetap berjaga-jaga kerana permulaan serangan perisian hasad adalah bermula daripada aplikasi-aplikasi penyamar di Google Play Store.
Kaedah di bawah adalah cara untuk anda mencegah kemasukan aplikasi asing ke dalam telefon pintar anda secara automatik.
Mula-mula, anda perlu pergi ke ‘Settings‘ dan pilih bahagian ‘System apps updater‘. Tekan tiga titik di bahagian atas kanan dan pilih ‘Settings‘.
Setelah itu, tekan ‘Auto updates‘ dan pilih ‘Don’t update‘.
Seterusnya, anda perlu pergi ke aplikasi Google Play Store. Kemudian, pergi ke bahagian ‘Settings‘ dan pilihan bahagian ‘Network preferences‘.
Selepas itu, tukar tetapan dalam ‘App download preference‘ kepada ‘Ask me every time‘.
Dengan ini, segala aplikasi yang ingin dimuat turun ke dalam telefon anda secara automatik ataupun tidak, perlu melalui mendapatkan kebenaran daripada anda sendiri.
{suggest}