Xiaomi mula menawarkan sistem operasi mereka, HyperOS kepada pengguna telefon pintar Xiaomi secara berperingkat.
Barisan terawal telefon pintar Xiaomi yang menerimanya adalah Xiaomi 13T Pro di mana pengguna peranti itu di Eropah sudah mula menerimanya.
Malah pengguna Xiaomi 13 Pro di India dan Greece juga sudah mula mendapat HyperOS.
Pada bulan lepas, Xiaomi menjanjikan bahawa HyperOS akan datang kepada sekurang-kurangnya 8 peranti mereka pada suku pertama 2024 dengan Xiaomi 13T Pro menjadi yang pertama.
Daripada log perubahan yang telah dikongsi oleh Mishaal Rahman di X, terdapat banyak perubahan disenaraikan.
Antara kandungan utama kemas kini Xiaomi HyperOS itu adalah animasi baharu pada antara muka, rekaan baharu aplikasi Weather, ikon Home baharu, ciri Multitasking baharu dan banyak lagi.
My Xiaomi 13T Pro just got the Android 14-based HyperOS update the other day. Here's the full changelog:
– System
Updated Android Security Patch to December 2023. Increased system security.
– Comprehensive refactoring
Xiaomi HyperOS comprehensive refactoring optimizes… pic.twitter.com/JthkfxLdQ1
— Mishaal Rahman (@MishaalRahman) January 6, 2024
Selain itu, kemas kini ini juga memberikan tampalan keselamatan bulan Disember 2023.
Telefon Xiaomi anda akan memberitahu anda jika kemas kini tersedia dan menyokongnya. Tetapi anda juga boleh menyemaknya secara manual melalui tetapan (settings) peranti tersebut.
{suggest}
Sumber: Android Headlines