Sewaktu sidang temu ramah HONOR dengan pihak CNBC berlangsung, George Zhao selaku ketua eksekutif HONOR, membuat kenyataan yang mereka akan melancarkan produk telefon pintar ‘flip’ pertama mereka pada tahun ini juga.
Beliau juga menambah yang peranti itu kini dalam fasa ujian dalaman peringkat akhir.
Penglibatan HONOR dalam inovasi flip ini merupakan langkah syarikat itu untuk memasuki pasaran premium bagi mengatasi pesaing-pesaing telefon pintar yang lain.
HONOR baru-baru ini telah melancarkan telefon boleh lipat terbaharunya, HONOR Magic V2 di MWC 2024, yang merupakan pengganti kepada HONOR Magic Vs.
Pada masa yang sama, Zhao juga mendedahkan yang HONOR sedang dalam fasa penciptaan cincin pintar dengan tujuan pemantauan kesihatan.
{suggest}
Sumber: Siaran Media HONOR