HONOR Malaysia bakal melancarkan telefon pintar baharu kelas andalan pada tahun 2024. Kehadiran peranti kelas andalan tersebut telah dihebahkan di Facebook rasmi Honor Malaysia dan ini merupakan telefon pintar yang paling nipis dan ringan setakat ini.
Peranti ini bakal mengujakan pengguna telefon pintar kerana telah memasuki era milimeter dan bakal menjadi pilihan terbaik di era baharu ini.
HONOR komited dalam melakukan inovasi supaya pengguna dapat merasai pengalaman menakjubkan semasa menggunakan peranti terbaik dalam teknologi telefon pintar masa kini.
Walau apa pun, berdasarkan gambar yang dikongsi, ia dilihat seperti telefon boleh lipat dan dijangka ia adalah HONOR Magic V2 yang telah dilancarkan beberapa bulan lalu.
{suggest}
Sama-sama kita nantikan pengumuman rasmi daripada pihak Honor pada 3 Januari 2024.
Beli Peranti HONOR di Shopee: https://invl.io/cljnmty
Beli Peranti HONOR di Lazada: https://invol.co/cljnmu2
Sumber: Siaran media Honor Malaysia