Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Hubungi Kami
WISER.MY

Telefon Dan Tablet Baru Xiaomi Akan Masuk Malaysia Minggu Hadapan

Posted on September 17, 2021September 17, 2021

Baru sahaja diumumkan untuk pasaran global beberapa hari lepas, kini telefon pintar terbaharu daripada Xiaomi bakal dibawa masuk secara rasmi tidak lama lagi.

Menetapkan 23 September 2021 ini sebagai tarikh pelancaran, tiga peranti yang diramal hadir untuk pasaran tempatan adalah Xiaomi 11T, Xiaomi 11T Pro dan juga Mi Pad 5.

Imbas kembali kepada penawaran ketiga-ketiga peranti ini, Xiaomi 11T datang dengan cip Dimensity 1200- Ultra, kadar segar semula 120Hz, serta pengecasan pantas 67W.

Versi Pro pula menampilkan cip pemprosesan Snapdragon 888, Corning Gorilla Glass VIctus, bateri 5000mAh serta pengecasan Hyper 120W.

Sementara itu, Mi Pad 5 merupakan tablet berukuran 11 inci dengan resolusi WQHD+ bersama kadar segar semula 120Hz. Turut menyokong Xiaomi Smart Pen dan dikuasakan oleh cip Snapdragon 860 bersama bateri 8720mAh.

Untuk maklumat lebih lanjut seperti harga dan tarikh jualan, kita nantikan tarikh 23 September depan.

Baca juga:

  • Lengkap 2 Dos Vaksinasi COVID-19 Tapi Tiada Sijil Di MySejahtera? Ikuti Langkah Ini

  • Xiaomi Perkenal Konsep Kaca Mata Pintar – Xiaomi Smart Glasses

  • Xiaomi 11 Lite 5G NE Dilancarkan, Harga Sekitar ~RM2100

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA
©2023 WISER.MY | Powered by SuperbThemes & WordPress