Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Hubungi Kami
WISER.MY

SuperGPS Beri Ketepatan Lokasi Sehingga 10cm

Posted on November 20, 2022November 20, 2022

Sekumpulan penyelidik dari Universiti Vrije Amsterdam sedang menguji teknologi lokasi terbaru yang jauh lebih maju daripada teknologi GPS yang ada digunakan ketika ini.

Penyelidik yang menjalankan ujian itu mendakwa, projek teknologi yang mereka namakan sebagai SuperGPS mensasarkan untuk menjadikannya sebagai alternatif kepada sistem ketepatan lokasi yang menggunakan satelit.

Teknologi sedia ada ketika ini, kebanyakan infrastruktur bergantung pada sistem satelit navigasi global seperti GPS (Amerika Syarikat) dan Galileo (Kesatuan Eropah).

{suggest}

Namun sistem navigasi yang bergantung pada satelit ini mempunyai had dan kelemahan yang ketara. Apabila diterima di Bumi, isyarat radio menjadi lemah dan kedudukan yang tepat tidak dapat dilakukan apabila isyarat radio dipantulkan atau disekat oleh bangunan.

Sebaliknya, SuperGPS menggunakan rangkaian telekomunikasi yang didakwa mampu memberikan kedudukan lokasi lebih tepat dan boleh dipercayai berbanding GPS.

“”Kami telah berjaya membangunkan sistem yang boleh menyediakan ketersambungan seperti yang dilakukan oleh rangkaian mudah alih dan Wi-Fi sedia ada, serta kedudukan yang tepat dan pengagihan masa seperti GPS.”” Jeroen Koelemeij, Universiti Vrije Amsterdam.

Sumber: Scitech Daily

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA
©2023 WISER.MY | Powered by SuperbThemes & WordPress