TECNO Mobile Malaysia hari ini membawa masuk sebuah lagi telefon kelas pertengahan bawah RM1000, iaitu TECNO Spark 20 Pro.
Telefon ini dikuasakan cip MediaTek Helio G99 Ultra dengan memori 8GB+8GB/12GB+9GB, storan 256GB dan bateri 5000mAh yang menyokong kelajuan mengecas USB-C 33W.
Skrin berukuran 6.78 inci IPS LCD FHD+ dengan kadar segar semula 120Hz dan juga menempatkan lensa swafoto 32MP. Sementara kamera belakangnya sebesar 108MP+2MP+kamera AI.
{suggest}
Lain-lain adalah sokongan 4G LTE, pembesar suara stereo, NFC, penarafan IP53 dan juga dynamic port (umpama dynamic island).
Harga jualannya adalah RM699 (8+256GB) dan juga RM799 (12+256GB).
Beli TECNO Spark 20 Pro di:
Shopee – https://invl.io/clkqn0n
Lazada – https://invol.co/clkqn0q