Melalui laman sosial TECNO Malaysia, syarikat dengan Lee Chong Wei sebagai duta itu mengesahkan siri Spark 10 akan tiba di Malaysia kelak.
Di India, Spark 10 Pro dirasmikan dengan cip Helio G88 dan menjalankan skrin HiOS 12.6 berasaskan Android 13. Ia hanya tersedia dalam satu variasi iaitu 8GB RAM, 128GB ROM.
Akan tetapi, masih menyokong kad memori sebagai storan tambahan sehingga 1TB.
Peranti kelas pertengahan rendah ini mempunyai skrin LCD 90Hz dengan dimensi 6.78″ dengan puncak kecerahan 580 nit.
Kamera swafotonya pula 32MP diletakkan di hadapan dengan rekaan punch hole di tengah atas skrin.
Bercakap tentang kamera, di belakangnya terletak 2 lensa iaitu 50MP dan satu lagi dipanggil AI Lens.
Spark 10 Pro di India dibekalkan dengan bateri sebesar 5000mAh yang menyokong pengecasan 18W.
Harga di India ialah INR12,499 bersamaan sekitar RM672.
Sebelum ini, Tecno sudah merasmikan telefon lipat iaitu Phantom V Fold yang sokong 5G dengan MediaTek Dimensity 900+.
Untuk Spark 10 ini, sama-sama kita tunggu perasmiannya di Malaysia.
Sumber: Tecno Malaysia