TECNO secara rasmi mendedahkan model terbaru mereka, TECNO Pova 6 Pro 5G untuk pasaran tempatan.
Jika melihat spesifikasinya untuk pasaran global, TECNO Pova 6 Pro 5G menampilkan skrin berukuran 6.78-inci dengan resolusi FHD+ Amoled, sokongan kadar segar semula 120Hz.
Peranti ini dijana cip pemproses MediaTek Dimensity 6080 bersama konfigurasi 12GB RAM dan storan 256GB.
Untuk fotografi, TECNO Pova 6 Pro 5G dimuatkan kamera dengan 108MP utama, 2MP potret dan 32MP swafoto.
{suggest}
Beralih ke bahagian dalam, peranti ini dibekalkan kapasiti bateri 6000mAh yang menyokong pengecasan 70W melalui port USB-C 2.0.
Lain-lain termasuk sokongan Wi-Fi, Bluetooth 5.4, serta berasaskan Android 14. Dua pilihan warna tersedia iaitu Comet Green dan Meteorite Grey.
TECNO Pova 6 Pro 5G akan dilancarkan secara rasmi pada 2 April depan dan ia akan dipasarkan pada harga RM999.
Untuk pembelian TECNO Pova 6 Pro 5G, klik pautan di bawah:
Shopee – https://invl.io/clkxfb1
Lazada – https://invol.co/clkxfbt