Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Hubungi Kami
WISER.MY

TC Acoustic Secara Rasmi Membuka Sonos Concept Yang Pertama Di Kuala Lumpur

Posted on Disember 2, 2022

TC Acoustic secara rasminya telah menapakkan kedai konsep Sonos yang pertama di Malaysia.

Kedai ini bergelar Sonos Concept dan akan terletak di Starhill, pusat membeli-belah di Kuala Lumpur dengan reka bentuknya yang diinspirasikan daripada TC Experience Centre di Singapura.

Pelanggan akan ditawarkan dengan pelbagai jenis sistem bunyi Sonos yang mudah digunakan dan memberi pengalaman pelbagai deria yang didalami sepenuhnya.

Kedai konsep ini menyediakan pelbagai jenis pembesar suara jenama dari soundbar hingga pembesar bilik pintar khususnya untuk Sonos dan Klipsch.

Sempena pembukaan secara besar-besaran kedai Sonos Concept, 100 beg cenderamata akan diberikan kepada rakyat Malaysia yang bakal mengunjungi kedai berkenaan.

{suggest}

Beberapa acara akan dijalankan oleh TC Acoustic seperti Sonos Hacks Workshops, Pengenalan kepada Reka Bentuk Dalam dan Pengubahsuaian Rumah.

Acara-acara ini adalah untuk semua peminat-peminat di luar sana dan bakal diadakan pada beberapa bulan akan datang.

Sumber: Siaran Akhbar TC Acoustic

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA
©2023 WISER.MY | Powered by SuperbThemes & WordPress