Dengan pemberitahuan tentang YouTube yang kini sangat menekankan penggunaan penyekat iklan, mereka juga telah menambahkan beberapa ciri lain yang masih dalam peringkat ujian. Salah satunya ialah butang video rawak yang akan muncul di bahagian bawah kanan paparan skrin YouTube di telefon pintar.
Ciri butang ini adalah memainkan video YouTube Shorts secara rawak dan video yang berdurasi bawah 20 minit berdasarkan genre-genre yang sering anda tonton.
Berdasarkan video di atas, butang itu berada di bahagian tengah paparan skrin YouTube kerana ia masih dalam fasa ujian tetapi pihak mereka telah bersetuju untuk meletakkannya di bahagian bawah kanan dengan ikon butang main supaya ia mudah untuk diakses.
Namun begitu, YouTube masih belum mengesahkan lagi keberkesanan ciri tersebut di platformnya.
Beberapa bulan yang lepas, YouTube telah membenarkan pencipta video untuk menghentikan komen-komen di peringkat video tanpa membuang komen-komen yang lepas.
Selain itu, YouTube telah mengambil keputusan untuk menaikkan kadar harga langganan Premium untuk pengguna di Amerika Syarikat serta beberapa negara lagi pada awal bulan ini.
{suggest}
Sumber: Android Police