Apa guna memiliki telefon pintar Android tetapi tidak boleh menggunakan perkhidmatan amat penting, iaitu Google.
HONOR, yang dahulunya sebuah sub-jenama daripada Huawei kini secara rasminya sah akan dilengkapi sokongan perkhidmatan Google atau Google Mobile Services (GMS).
Baca juga – Snapdragon 778G Diumumkan, Cip Snapdragon 780G “Baharu”
Ini bermakna, mana-mana peranti HONOR baharu selepas ini akan hadir dengan aplikasi Google didalamnya.
Freut euch auf unsere neue Premium-Serie #honor50series, die auf der neuesten mobilen Plattform Snapdragon 778G 5G basiert! pic.twitter.com/F40Mcf2Pg4
— HonorDE (@HonorGermany) May 21, 2021
Selain itu, telefon baharu melalui HONOR 50 bukan sahaja yang pertama dilancarkan dengan GMS sejak mereka kehilangannya suatu ketika dahulu. Malah, HONOR 50 turut pertama dikuasakan cip Snapdragon 778G.
Baca juga – HONOR Dilapor Akan Lancar Telefon Dengan Snapdragon 888 Pada Julai Ini
Buat masa sekarang, kita hanya perlu menunggu ia rasmi di Malaysia sahaja. Walau apa pun, adakah anda berminat dengan peranti HONOR?
Sumber: gizmochina