Gergasi internet China, Baidu telah memesan cip kecerdasan buatan (AI) daripada Huawei tahun ini menurut laporan eksklusif dari Reuters. Pada Ogos lalu, Baidu membuat pesanan untuk 1,600 cip Huawei 910B Ascend AI sebagai alternatif kepada cip NVIDIA.
Langkah itu dibuat sebelum wujudnya peraturan baharu oleh kerajaan AS pada Oktober. Peraturan tersebut mengenakan peraturan lebih ketat ke atas eksport cip AI ke China termasuk yang dibina oleh NVIDIA.
Baidu juga merupakan syarikat AI terkemuka di China yang membangunkan Large Language Model (LLM) iaitu ERNIE yang menjadi enjin pengoperasian ChatGPT yang membantu memberikan jawapan.
Menjelang Oktober, Huawei telah pun menghantar lebih 60% apa yang dipesan oleh pihak Baidu yang terdiri daripada kira-kira 1,000 cip. Jumlah nilai pesanan itu dianggarkan sekitar RMB 450 juta (~RM290 juta). Huawei dijangka akan menghantar baki cip tersebut menjelang akhir tahun ini.
{suggest}