Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Hubungi Kami
WISER.MY

Tak Lama Lagi, Anda Akan Boleh Tahu Permainan di Steam Sokong Controller Playstation Atau Tidak

Posted on September 10, 2023September 10, 2023

Akhirnya, akhirnya, kita semua akan dapat melihat sama ada satu-satu game di steam menyokong penuh controller Playstation atau pun tidak. Ciri yang patutnya lama sudah wujud ini akhirnya diperkenalkan oleh Valve dan akan mula diumumkan bermula Oktober ini.

Kini pembangun-pembangun permainan sudah boleh menghantar borang bagi menandakan sama ada permainan mereka menyokong controller keluaran Sony itu.

Menurut satu kemaskini oleh Steam, maklumat ini juga akan dimuat masuk kedalam ciri filter bagi membolehkan pemain dengan lebih mudah mencari permainan yang menyokong controller mereka.

Lebih menarik, maklumat sokongan controller itu juga digambarkan sangat terperinci kerana pembangun permainan dikehendaki mengisi sama ada permainan mereka menyokong controller Xbox, PlayStation 4 DualShock atau PlayStation 5 DualSense yang mana bagi penulis ianya agak terperinci. Malah, pembangun juga boleh menyatakan jika permainan mereka menyokong controller menerusi USB atau nirwayar.

Sumber: Steam

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA
©2023 WISER.MY | Powered by SuperbThemes & WordPress