Kumpulan Perbankan RHB dan PayNet Malaysia telah bekerjasama dalam pelancaran kotak bunyi (sound box) DuitNow QR Plug & Play yang bertujuan menjaga keselamatan transaksi antara pengguna dan peniaga.
Inovasi yang diperkenalkan ini berfungsi sebagai alat pencegah penipuan elektronik dengan sokongan daripada kod QR DuitNow dan sistem transaksi di tempat penjual.
Berdasarkan gambar di atas, kotak bunyi ini berperanan untuk memberikan pemberitahuan dalam bentuk bunyi dan paparan visual melalui telefon pintar kedua belah pihak setelah mereka melengkapkan transaksi duit sesama mereka.
Untuk penggunaan fasa awal, mereka akan mula melancarkan kaedah ini untuk kegunaan perusahaan kecil dan sederhana yang terletak di pinggir bandar pada bulan Disember 2023 ini.
Namun begitu, peniaga yang menggunakan volum transaksi kewangan yang tinggi termasuk kedai makanan dan minuman (F&B), kedai runcit, pasar malam dan lain-lain akan terima inovasi ini pada bulan Januari 2024.
{suggest}
Sumber: Siaran Media RHB