Razer memperkenalkan gedung permainan digital tersendiri, Razer Game Store pada awal April tahun lalu. Penawaran untuk Malaysia pula dibuat sekitar November lepas melalui platform Lazada. Baru sahaja memasuki usia 10 bulan, syarikat perkomputeran itu telah mengumumkan bahawa Razer Game Store akan ditamatkan operasinya pada 28 Februari, tepat jam 5 petang waktu tempatan. Ia turut melibatkan…
Tag: Razer
Razer Phone 2 Selamat Mendarat Di Malaysia Dengan Harga RM3449
Peranti kedua daripada syarikat perkomputeran popular, Razer, telahpun diperkenalkan secara rasmi untuk pasaran tempatan. Razer Phone 2 hadir bersama reka bentuk hampir serupa dengan keluaran terdahulu tetapi dengan panel kaca dan bingkai aluminium. Menyerikan lagi panel belakang adalah ciri LED Razer Chroma yang membuatkan logo Razer berubah warna mengikut citarasa pengguna. Antara spesfikasi tawaran Razer…
Razer Turret Sasarkan Pengguna Xbox One Dengan Sokongan Papan Kekunci & Tetikus Di Ruang Tamu
Razer, sebuah organisasi yang menghasilkan produk-produk elektronik bertemakan gaya hidup telah mengumumkan produk terbaru mereka iaitu Razer Turret. Produk ini dihasilkan khusus untuk konsol Xbox One yang menampilkan papan kekunci dan tetikus tanpa wayar. Razer Turret diharapkan dapat memudahkan pengguna untuk bermain konsol Xbox mereka sambil menggunakan papan kekunci dan tetikus di kawasan ruang tamu….
Razer Mahu Pengguna Gunakan Razer Softminer Untuk Kredit Razer Store
Kalau anda fikir industri mata wang krypto sudah berakhir, Razer baru sahaja mengumumkan yang mereka mahukan peminat mereka untuk menggunakan perisian Razer Softminer, sebuah perisian mining yang akan dipasang pada PC pengguna mereka bagi mendapatkan mata wang krypto. Selepas itu, pengguna boleh menyerahkan semua mata wang krypto tersebut kepada Razer dan mereka akan menukarkannya kepada Razer Silver,…
RM 20 Juta Bagi Pembangunan Industri E-Sukan Malaysia 2019
Umum mengetahui apabila pihak kerajaan membentangkan belanjawan setiap tahun, pasti Menteri Kewangan akan menceritakan serba lengkap mengenai perancangan perbelanjaan kerajaan untuk setiap lapisan masyarakat bagi tahun seterusnya. Golongan muda dan belia juga tidak terkecuali. RM10 juta untuk membangun dan menggalakkan E-Sports, sebagai sebuah aktiviti dan industri yang diminati oleh generasi muda, yang melibatkan jurutera perisian…
Razer Blade 2018, Tawaran Terbaru Untuk Pasaran Komputer Riba Premium Tahun Ini
Razer sebagai pengeluar barangan komputer dan juga komputer riba khususnya untuk pengguna gamer telah memperkenalkan komputer riba model Blade mereka. Dua model diumumkan iaitu Razer Blade Base Model & Razer Blade Advanced Model. Dari namanya sudah dapat dibezakan perkakasan yang diletakkan dalam komputer riba tersebut. Sebagai permulaan, model base Razer Blade ini akan mempunyai ukuran 3.1mm lebih tebal…