Razer, sebuah organisasi yang menghasilkan produk-produk elektronik bertemakan gaya hidup telah mengumumkan produk terbaru mereka iaitu Razer Turret. Produk ini dihasilkan khusus untuk konsol Xbox One yang menampilkan papan kekunci dan tetikus tanpa wayar.
Razer Turret diharapkan dapat memudahkan pengguna untuk bermain konsol Xbox mereka sambil menggunakan papan kekunci dan tetikus di kawasan ruang tamu. Razer Turret menawarkan sambungan tanpa wayar berfrekuensi 2.4GHz dan juga jangka hayat bateri sehingga 40 jam untuk setiap caj.
Papan kekunci adalah dari jenis mekanikal dan mempunyai jangka hayat suis sehingga 80 juta hentakan. Tetikus diinspirasikan dari model Razer Mamba Wireless yang mempunyai sensor optikal 5G dan juga suis mekanikal sehingga 50 juta klik.